Saturday, April 6, 2013

3D MASK BEAUTEE


Salam sejahtera semuaaa :) 

Antara langkah penjagaan wajah yang asas adalah dengan pemakaian MASK. Semua orang tahu yang mask ni selalunya guna dekat spa mahal2 je. Okay sekarang x payah runsing2 sebab mask boleh digunakan oleh golongan yang busy sgt nak ke spa tapi nak ber-masker, golongan kerja kilang ke, makcik2 cleaner ke, semua orang boleh lelaki dan perempuan. Nak2 siapa yang nak naik pelamin... Please start dari sekarang rajin ber-masker supaya seri raja sehari tu natural jeee.. Weee~ Happy face uollss :) 

Ni nak cerita pasal 3D MASK from BEAUTEE. Okay agak susah nak cari mask yang sesuai untuk masalah kulit kita. Kebanyakkan mask yang jual dipasaran adalah untuk pores, jarang untuk jerawat or pigmentation, freckels or macam2 laaaa.. Sekarang di SweetyBeauty Shoppe ade 9 jenis 3D MASK yang boleh korang pilih untuk bersesuaian dengan masalah wajah anda~ Penggunaan mask ni penting sebagai antara langkah penyelesaian masalah kulit wajah anda. Jimat masa dan wang jugak sebb boleh buat sendiri dekat rumah dalam 15 minit sahaja!! :D 


Kalau nak cantik and jimat x mao malas2 okay? Okay ni adalah jenis powder mask yang 2x lebih berkesan dari mask yang peel off dan cuci terus.. Bila muka masing2 dah kepenatan kusam dan x bermaya cubalah pakai mask ni mesti result gempak kulit lembut licin and smooth and silky gitwewww. In shaa ALLAH berkesan~ 

1 paket/set boleh digunakan 3-4 kali.. So RM14 satu set adalah super berbaloi!! :D 
Sangat penting untuk anda tahu sukatan yang betul sebab x nak nnt membazir. kalau muka kecik, ambil gaul sikit je, kalau muka lebar banyak sikit la guna nya. hehehehe.. 
Pastikan bila anda dah campurkan solution dengan powder mask gaul laju2 and cepat2 sapu kt muka sebb x nak nnt mask tu jadi keras pulak :P 

3D Mask ni adalah bentuk serbuk/powder so disarankan menggunakan powder mask ni + solution khas nie.  Dengan campuran SOLUTION ni kesan effective 2x ganda beb!! Ade 3 jenis solution whitening, soothing and lifting.. 

Berikut jenis2 3D powder mask yang boleh anda pilih ikut kesesuaian kulit wajah anda :


1. Apple Oily & Acne Mask

Mask ini mengandungi & diperbuat daripada  epal hijau, sangat sesuai untuk menyelesaikan kulit berminyak,
 melancarkan peredaran darah, merawat jerawat serta mencerahkan pigmentasi kulit. Mask ini mengandungi 
bahan antiseptic yang berkesan untuk merawat jerawat dan acne. So,mask ni boleh bunuh kuman-kuman yang ada. Mask ni juga boleh meredakan kerengsaan kulit dan mengurangkan radang kulit. Mask ini berperanan untuk menarik keluar punca masalah kulit yg terbentuk. Menjadikan kulit lebih segar, bersih dan sihat.


2. Lavender Soothing and Relax 

Mask ini mengandungi pati dari lavender yang berkesan untuk meningkatkan perkembangan hormone, mengurangkan sakit kepala, menenangkan saraf dan perasaan serta mengurangkan keletihan. Menenangkan, menyejukkan, melembapkan kulit kesan dari kulit yang lembut. Menjadikan kulit semakin lembut, selesa. Membentuk kulit yang lebih sihat, dan cerah. Bau dari mask lavender memang sangat nyaman dan buatkan pengguna rasa relaks, sesuai untuk mereka yang nak hilangkan stress dengan merehatkan wajah.Sangatlah wangi mask ni...yuhuu... Apa yang BEST tak kira lah jika anda ada masalah kulit atau pun tak ada ,semua boleh guna mask ini. Terutamanya kulit bermasalah dan sensitif boleh guna mask ni selalu.

3. Lily Antioksidan Firm

Mask ini diperbuat daripada  bunga lily yang membantu firmkan kulit (tegangkan otot dari mengelebeh) dan mengurangkan,menghalang & menghapuskan kedutan.Terutamanya pada sekitar mata,dahi & pipi. Mampu mengatasi kelembapan dan keanjalan disamping mengurangkan tanda-tanda penuaan. Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri, mengurangkan kulit lesu dan tidak bermaya supaya kelihatan lebih muda.Penggunaan yang berterusan membolehkan kulit anda menjadi awet muda.Sesuai untuk yang berumur 30 tahun keatas dan sentiasa mengalami keletihan & kelesuan muka


4. Soy Bean Whitening

Mask yang HOT SELLINGGG!!! Sekiranya anda mengalami masalah WHITE HEAD & BLACK HEAD, mask ini adalah jawapan untuk anda. Dirumus khas dari kacang soya dan digabung dengan susu yang amat berkesan untuk menghilangkan&membuang pigmentasi, tompok hitam dan bintik hitam.Apabila masalah ini diatasi maka kulit kita akan lebih halus,cerah & gebu segebunya.Air soya bean mempunyai khasiat jika diminum apatah lagi jika anda apply mask ni ke muka anda...fuhhh! ia menjadikan kulit segar, sihat dan semakin cerah. Banyak salon yang recommended mask soya bean ni.


5. Charcoal Mask

Charcoal (arang) merupakan satu bahan yang amat berkesan untuk menyerap LEBIHAN MINYAK & AIR pada wajah. Membolehkan kulit lembap (tetapi tidak berminyak, atau terlalu kering). Masalah kulit berminyak biasanya akan menyebabkan jerawat mudah terjadi.Mask Charcoal ini merupakan rawatan asas untuk treatment muka kita,sekiranya kita start dengan mask ni maka lebih senang untuk atasi masalah kulit yang lainnya. Apa yang bestnya,mask ini juga bertindak meransang pernhasilan tisu-tisu baru & memudahkan detoxfikasi,so kulit kita susah nak keluar jerawat sebab mask ni dah tolong untuk detox kan.Sesuai digunakan untuk yang kulit yang sangat2 bermasalah.





6. Oat Mask

Mengandungi oat dan susu yang amat berkesan untuk menjadikan kulit lebih anjal. Menjadikan kulit lebih lembut dan licin. Mengelakkan kulit tidak bermaya, juga untuk kekal cantik bagi yang sudah berusia sebab ia mampu menganjalkan kulit kita lebih lembut,tak kering,halus & licin. Oat mask ni memang best, sebab bila menggunakannya oat penuh di muka, bau pun wangi dan kesannya pun memuaskan.Oat mask ni boleh digunakan untuk maintenance wajah anda terutamanya untuk muka yang sembab,lesu,tidak bermaya,letih & mudah mengalami gegelang hitam disekitar mata(tanda kulit anda penat) aka mata panda!


7. Red Bean mask

Best selling ever mask ...kenapa ?Mask ini diperbuat dari kacang merah, dimakan pun sedap ni..mask kacang merah ni boleh membuatkan kulit kita ada perlindungan terhadap sinaran UV matahari.So, bila kulit kita terkena cahaya matahari, muka kita dah hitam legam atau kena sunburn contohnya petani-petani,ahli sukan & engineer yang keje kat site tu. Selain itu mask ni juga melembabkan kulit dan mencegah kulit daripada mengalami masalah. Red Bean ni macam antibodi untuk kulit kita lah..Sangat sesuai untuk buat maintenance di rumah.Kesannya sangat cepat,muka nampak cantik, bersinar-sinar & menaikkan seri wajah.Untuk kulit sensitif,bermasalah & kering elok guna mask kacang merah ni..
Untuk Bakal pengantin anda digalakkan guna mask ni sebelum naik pelamin & kalau boleh 3 bulan sebelum kahwin cuba semua jenis mask yang ada untuk persiapan naik pelamin. Wink2 :*



8. Vegefiber Mask

Mask ini mempunyai campuran extract sayur-sayuran hijau.Amat berkesan untuk menanggalkan kekotoran pada kulit wajah. Menyerap masuk sehingga ke lapisan kulit dan menanggalkan kulit mati yang menyebabkan liang roma wajah yg tersumbat dan membentuk lapisan baru pada kulit, juga untuk kulit berminyak untuk mengelakkan pengeluaran minyak berlebihan,dalam erti kata lain ia membawa keluar semua kotoran-kotoran degil!Sesuai untuk kulit BERJERAGAT & banyak BEKAS LUBANG-LUBANG yang tidak diingini,mask ini adalah jawapannya.Bau mask ni kurang best, ada yang cakap tak suka dengan baunya. Tapi secara jujur, kesannya amat menakjubkan untuk oily skin dan yang mempunyai jeragat. Don’t judge the mask from its smell. No no no~ Try dulu baru taw best ke x~ yang penting kulit kite ni awesome in natural way~


9. Green Pea Mask

Satu lagi penawar untuk kulit berjerawat. Mask Green Pea ini mengandungi pati dari kacang hijau, kacang merah dan kacang kuning. Amat berkesan menyerap lebihan minyak yang terbentuk di lapisan kulit & membuang toksin yang mengakibatkan jerawat. Mencegah liang roma dari tersumbat dan membekalkan secukupnya kelembapan pada kulit. Mengelak pembentukan lubang-lubang kecil kesan dari jerawat yang telah mengecut. 


Now the 3D Solution for 3D Mask pulak~






3D solution ni bahan yang digunakan untuk blend 3D Powder Mask. Boleh je guna air mineral tapi kesan die x umphh laaa~ So nak nampak kesan cepat boleh la guna dengan solution ni. 
Kalau beli satu set (solution + powder mask) RM14 sahaja!!! 


Whitening Solution
Untuk semua jenis kulit,terutamanya untuk pigmentasi kulit.

Fungsi :

Menggalakkan kesan putih pada kulit iaitu mencerahkan kulit muka anda  dan menyerikan kulit wajah.Dapat menghilangkan bintik-bintik hitam &  pigmentasi kulit.


Lifting Solution
Untuk kulit kering & berusia

Fungsi :

Membantu memulihkan kesihatan kulit dan menjadikan kulit berseri-seri.Meningkatkan kesan masker untuk mencapai penghalusan dan pelembapan kulit muka anda.Dapat membantu membuat kulit lebih bersinar dan membantu serapan yang lebih baik
.



Soothing Solution
Untuk semua jenis kulit,teruatamanya bagi kulit yang sensitif

Fungsi:

Menyegarkan kulit,menangani masalah iritasi pada kulit.Sesuai untuk kulit sensitif dan berminyak.


Okay selalunya dah ready dah set mask ni dengan solution yang sesuai untuk anda just pilih mask je~ X payah pening2 okies? :) 

Cara Paling Efektif Membancuh 3D Powder Mask + Solution :

1. Ambil  1 1/2 sudu 3D Powder Mask dengan 2 1/2 sudu 3D solution dan kacau sehingga rata.
2. Sapukan tebal sikit kat muka
3. Biarkan untuk 20 minit ( kurang sikit utk kulit sensitif)
4. Ok dah boleh tanggalkan mask,tidak kira mask anda dah kering atau belum lepas 20minit kena tanggalkan ye.
5. Kemudian, bilas dengan air yang bersih.
6. Lepas tu tengok kat cermin...kan dah CANTIK...hehe...Selamat Mencuba!



No comments:

Post a Comment